Monday, December 13, 2010

SAMBUTAN KEMERDEKAAN @ MERDEKA 1 MALAYSIA 2010

1. Melibatkan semua murid SK St Mary Papar seramai 309 orang Tahap 1 dan 2.

2. Bertujuan untuk menarik penglibatan semua murid dalam mengumpul koleksi atau bahan berkaitan Kemerdekaan negara. Selain itu, program ini juga mewujudkan semangat patriotik di kalangan murid melalui pengumpulan bahan-bahan tersebut.

3. Dilaksanakan selama 2 bulan (1hb Ogos hingga 1hb Oktober) kerana menghormati bulan Ramadhan dan memberi peluang kepada murid-murid Tahun 6 selesai UPSR supaya mereka boleh turut serta dalam program tersebut.

4. Program tersebut di adakan di kelas & juga Dewan Minda SK St Mary.

5. Melibatkan beberapa aktiviti seperti:
* Penyediaan Dokumentasi berkaitan Kemerdekaan
* Pengumpulan Gambar berkaitan Kemerdekaan
* Pertandingan Koir antara kelas
* Pertandingan Karaoke (lagu patriotik & hari raya)
* Pertandingan Keceriaan Kelas
* Pertandingan Melukis Poster & Mewarna
* Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

6. Pelancaran dibuat pada 1hb Ogos dan kemuncak pada 1hb Oktober yang dirasmikan oleh Guru Besar, En Simon Gasis.

Selamat menyaksikan .....

1 comment:

Rose said...

Aktiviti yg menarik....