Saturday, January 29, 2011

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2010

29HB JANUARI 2011 (SABTU): Hari ini Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 telah diadakan di sekolah yang sepetutnya diadakan pada bulan November 2010. Oleh kerana kepadatan aktiviti maka aktiviti ini telah ditunda dan berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan kerjasama daripada semua warga St Mary. Majlis ini dirasmikan oleh En Kasidi Sukardi, wakil PPD Papar. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan tarian dari Tahap 2 & Tahap 1 serta persembahan khas dari adik Presley Petrus. Kepada semua penerima hadiah & sijil, tahniah diucapkan, semoga dengan adanya ganjaran seperti ini adalah diharapkan agar pencapaian akan meningkat lagi di tahun 2011. Bermula dari penyediaan aturcara majlis, penyediaan sijil & hadiah, penyediaan dewan & pentas, persediaan persembahan, kepada semua AJK petugas, terima kasih diucapkan kerana kerjasama yang diberikan, tanpa semua majlis ini tidak akan tercapai. Beberapa pelajar telah menerima Anugerah Khas mengikut kategori seperti:
1) Anugerah Guru Besar - Mohd Nazlee Zubair
2) Anugerah Disiplin Terbaik - Mercy Lorna Francis
3) Anugerah Kokurikulum - Ahmad Rashdan Rashid
4) Anugerah Kurikulum - Adrian Paul
5) Anugerah Saujana - Carmelia Richard
6) Anugerah Harapan - Randall Flavian Rudolf
7) Anugerah NILAM @ Jauhari Tahap 1 - Joanne Clare Bianda
                                  @ Jauhari Tahap 2 - Lovelynn Paul
                                  @ Rakan Pembaca - Michelle Michael

8) Anugerah Khas - Presley Petrus (kerana mengharumkan nama sekolah di persada seni melalui nyanyian di peringkat zon, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan.

Gambar sedang di upload semula .. yang lama kena hack : ( ..

Thursday, January 20, 2011

Dasar 1 Murid 1 Sukan

20HB JANUARI (KHAMIS): Hari ini diadakan taklimat berkaitan Dasar 1M1S kepada semua guru yang ada kaitan dengan Sukan & Permainan yang perlu dilaksanakan & diadakan selama 60 minit pada setiap minggu. Oleh kerana sekolah mempunyai dua sidang & tempat di sekolah ini adalah terhad maka diputuskan bahawa pelaksanaan 1M1S akan diadakan pada setiap hari Selasa (7.00 - 7.30) dan hari Jumaat (7.00 - 7.30). Terdapat 4 sukan permainan yang akan dilibatkan iaitu 1) Bola Sepak 2) Bola Tampar 3) Bola Jaring & 4) Bola Baling. Adalah diharapkan agar semua guru yang dilantik dapat berkerjasama dengan Penyelaras Sukan & Permainan (En Sudin Mohammad Kassim) dalam pelaksanaan ini supaya dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selain dari itu, taklimat pemurnian berkaitan persediaan Hari Anugerah Pelajar juga diadakan. Semua Ajk telah memberi kerjasama dalam persediaan tersebut. Terlebih dahulu saya ucapkan 'Terima Kasih' kepada semua warga sekolah yang terlibat.

Sebelum taklimat diakhiri, diselitkan juga makluman berkaitan dengan Sasaran Kerja Tahunan sebagai panduan kepada semua guru dalam pelaksanaan tugas mereka mengikut lantikan dalam carta organisasi sekolah.

27HB JANUARI 2011 (RABU) : Jadual untuk Dasar 1M1S ditunda pada hari Jumaat bermula jam 6.50 pagi hingga 7.50 (60 minit). Manakala jadual untuk Kelab/Persatuan & Unit Beruniform dikekalkan pada hari Rabu, bermula jam 11.30 - 12.10 (40 minit untuk Kelab/Persatuan) & 12.10 - 12.50 (40 minit untuk Unit Beruniform).

Berikut adalah sebahagian aksi-aksi murid semasa 1M1S dilaksanakan ... click here .. (sabar belum lagi :))

Thursday, January 13, 2011

PERJUMPAAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERTAMA

12 JANUARI 2011 (RABU) : Hari ini (Rabu), perjumpaan aktiviti kokurikulum pertama telah diadakan di mana semua murid Tahap 2 telah melibatkan diri dalam pemilihan AJK tertinggi bagi setiap kelab/persatuan & unit. Aktiviti tersebut turut dikendalikan oleh guru penasihat masing-masing. Laporan telah dibuat dan diserahkan kepada penyelaras bagi ketiga-tiga bidang, iaitu unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan permainan. Terima kasih kepada semua guru kerana komitmen anda semua. ~ PK KOKUM.

Tuesday, January 11, 2011

PENDAFTARAN AHLI KELAB/PERSATUAN & PERMAINAN

11HB JANUARI 2011 (SELASA): Pendaftaran ahli telah diadakan di Dewan Minda SK St Mary Papar. Kesemua murid tahap dua dikehendaki mendaftarkan nama mereka untuk pemilihan Kelab/Persatuan serta Sukan Permainan. Sebanyak 6 kelab/persatuan diperkenalkan iaitu Persatuan BM, Persatuan BI, Persatuan Sains & Matematik, Persatuan PAI, Persatuan PSV, Kelab Kebudayaan & Muzik serta Kelab Bimbingan & Kerjaya. Manakala bahagian sukan & permainan, sebanyak 4 diiklankan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar & Bola Baling. Bahagian Unit Beruniform tidak diberi pilihan kerana murid-murid telah mempunyai unit masing2 dan tidak perlu ditukar kerana mereka sudah mempunyai pakaian beruniform dari tahun lalu. Kesemua aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Rabu, selepas P&P, pada semester pertama. Semoga perlaksanaan aktiviti Kokurikulum pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya tentunya dengan kerjasama daripada semua guru penyelaras/penasihat/pemimpin.


Sunday, January 9, 2011

MESYUARAT PERTAMA KOKUM 2011

8hb Januari 2011 SABTU: Mesyuarat Pertama Kokurikulum sekolah diadakan bersama dengan Kurikulum dan HEM. Agenda yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Takwim KOKUM, Susunan AJK serta Surat Perlantinkan setiap guru mengikut 3 bidang, Sasaran KOKUM dan juga program-program yang akan dilaksanakan. Antara program yang akan dilaksanakan adalah:
@ Sukan Tara
@ Jasamu Dikenang
@ Kemerdekaan
@ Kejohanan Olahraga
@ Hari Kokurikulum
@ Perkhemahan
@ Lawatan
@ Hari Anugerah Pelajar
@ Kursus
Adalah diharapkan agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar melalui permuafakatan di antara warga sekolah dan masyarakat di sekitar sekolah... :))