Friday, March 25, 2011

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KREATIVITI MURID: Setiap aktiviti KOKUM diadakan pada setiap hari Rabu, semua guru penasihat & ahli Kelab PSV sentiasa meneruskan aktiviti mereka mengikut perancangan jadual kelab tersebut. Gambar2 berikut adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang. Murid dan guru bekerjasama menceriakan kawasan sekolah dengan membuat mural di Dewan Minda, Sudut Teraputik da juga kawasan2 lain untuk menjadikan sekolah sebuah yang indah serta ingin mencapai salah satu kriteria 3K (kebersihan, keceriaan, keselamatan). Projek Mural ini diketuai oleh Pn Zuraidah (Guru PSV) dan guru penasihat yang lain, Pn Norhayah, Pn Maslinah, Pn Luzaria serta guru2 yang mahir dalam lukisan ..

Semoga cepat siap mural ini semua ... gambar seterusnya pasti lagi menarik .. tunggu & lihat ya!

Thursday, March 17, 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011 (PERINGKAT NEGERI)

4hb - 7hb March (Camping for TKRS): 3 orang murid SK St Mary telah mendapat peluang untuk perkhemahan tersebut di Pusat Ko (Malangang). Mereka adalah Julian Jonathan Mojikon, Mohammad Zuhairi Zumat & Hadzleen Nur Sharfaqila Hamden. Syabas kepada mereka bertiga kerana menunjukkan disiplin yang baik. Tahniah juga kepada Julian Jonathan kerana terpilih untuk mewakili negeri ke perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan April di Negeri Sembilan. ~ lihatlah aksi mereka dalam gambar yang akan di upload tidak lama lagi ~

**********************************************************************************
16hb - 19hb March (Camping for mixed units @ Pengakap / St John Ambulance): 3 orang murid SK St Mary juga dipelawa (1 orang pengakap & 2 orang St John Ambulance) untuk mengikuti perkhemahan di Pusat Ko (Malangang). Mereka adalah Enrique Emerson (Pengakap), Henry Zoa Jr Henry Keneth (St John Ambulance) & William Harry George (St John Ambulance). Mereka juga telah menunjukkan disiplin yang baik dan bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi ketua bagi setiap kumpulan. Tahniah kepada Henry Jr kerana terpilih untuk mewakili negeri ke perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka. Semoga Julian dari TKRS dan Henry Jr dari St John Ambulance akan tabah menghadapi ujian2 serta aktiviti yang dilaksanakan serta menunjukkan disiplin yang baik sepertimana yang ditunjukkan sebelum ini. ~ ini gambar Henry, Enrique & William .. lihatlah aksi mereka  tapi gambar akan di upload tidak lama lagi .. gambar sebelum ini tidak dapat dibuka .. sabar ya

MTQ PERINGKAT DAERAH - 2011

Adik Arif Sairi & adik Siti Marliana telah mewakili sekolah & zon dalam pertandingan bercerita MTQ peringkat daerah. Arif telah mendapat tempat Naib Johan sementara Siti Marliana di tempat ke-4 kerana saingan hebat oleh peserta lain dari zon2 lain. Tahniah kepada Arif & juga Siti kerana komitmen yang ditunjukan. Tahniah juga kepada kedua guru (Cik Suzanah & Pn Sufiah) yang bertanggungjawab serta komitmen yang diberikan.

KARNIVAL NILAM (PERINGKAT NEGERI)

7HB - 10HB MAC (MON - THURS): Adik Lovelynn Paul telah mewakili peringkat Zon Selatan, selepas menang di peringkat Daerah & Zon Padawan sebelum ini. Selama 4 hari bertanding bersama peserta lain di seluruh negeri, Lovelyn telah mendapat tempat ke-3 dalam pertanidngan Jejak Maklumat. Tahniah kepada Lovelynn kerana mengharumkan nama sekolah St Mary di peringkat negeri.

Untuk melihat gambar, sila layari blog pusat sumber sk st mary papar.

UJIAN LENCANA (GUIDES' UPGRADING TEST)

Congratulations to all Tunas Puteri (Girl Guides) kerana mendapat kenaikan lencana setelah mengikuti ujian pra persetiaan selepas diuji oleh guru pemimpin Tunas Puteri iaitu Pn Norhayah Hakim, Cik Suzanah Ali Hassan & Pn Zuraidah Ag Damit pada akhir tahun 2010. Pada hari Rabu yang lalu (9hb Mac 2011), ahli Tunas Puteri juga telah diuji berkaitan dengan salah satu aktiviti Tunas Puteri iaitu 'mendandan rambut di salun' yang dikendalikan oleh Pn Norhayah Hakim. Kepada semua guru pemimpin Tunas Puteri, teruskan usaha kalian dalam melaksanakan sasaran kerja tahunan 2011. Tahniah kerana dapat melaksanakan sebahagian aktiviti yang dirancang.

Sunday, March 13, 2011

BOLA JARING (NETBALL) PERINGKAT DAERAH

8HB - 10HB MAC (SELASA - KHAMIS): Congratulations to all players for being selected to semi-final and came 4th in the tournament. Tak apa. It's worth for having tough training for only 2 weeks with your coach Corinth (thanks Corinth for your support) .. kalau tidak team ini tidak sampai ke semi-final .. thanks to Cikgu Zuraidah kerana sudi menjadi pengurus teamnya .. bersama dengan 'juruletihnya' (:-D) .. To all players, try harder for next year, train harder for discipline, mental and fitness .. kalau ada sek yang sudi 'friendly match' insya'allah we go for it .. aksi2 pemain sebelum, semasa & selepas ....  akan di upload tidak lama lagi .. pic2 lama x boleh dibuka .. soon k ..