Friday, July 29, 2011

SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN 1432H

28HB JULAI 2011 (KHAMIS) - Sekolah telah mengadakan majlis Sambutan Ihya' Ramadhan yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam SK St Mary Papar. Majlis ini telah diadakan di Dewan Minda St Mary Papar pada sebelah pagi dan dihadiri oleh murid2 Islam dan sebahagian guru serta ibubapa murid. Sekolah telah menjemput Ustaz Mohd Zamree Abdullah (Pen. Pengarah Operasi J-Qaf SPI, JPN Sabah) untuk memberi ceramah yang bertajuk "Kemuliaan & Keberkatan bulan Ramadhan". Sebelum itu Solat Hajat & juga Bacaan Yaasin diadakan.

salah seorang ibubapa mendaftarkan diri

sesi ceramah

para murid semasa mendengar ceramah dari ustaz

En Sudin bersama murid & ibubapa

En Johari (juruacara majlis) & En Juarah (PK Petang) bersama dengan ustaz dan murid

Wednesday, July 27, 2011

SEMINAR MOTIVASI AJK UNIT KOKUM (PELAJAR) - 2011

27HB JULAI 2011 (RABU): Hari ini unit Kokurikulum telah mengadakan seminar motivasi bagi semua AJK tertinggi dalam semua bidang kokurikulum. Seramai 100 orang murid telah menyertai motivasi tersebut dan melibatkan 5 orang penceramah dalaman untuk mengendalikan seminar tersebut. Tajuk2 ceramah yang disampaikan adalah seperti berikut:
1) Pengurusan Fail (dikendalikan oleh Pn Haslinda Midy @ PK KOKUM)
2) Kepimpinan Cemerlang (dikendalikan oleh Pn Sarimawathy Jumanie @ Guru Kaunselor)
3) Pengendalian Mesyuarat (dikendalikan oleh Pn Norhayah Hakim @ Guru Pusat Sumber)
4) Penghasilan Produk (dikendalikan oleh Pn Zuraidah Ag Damit @ Guru Seni Visual)
5) Pengurusan Kewangan (dikendalikan oleh En Clement Su @ Ketua Panitia Sains & Guru Matematik)

Acara telah bermula dari jam 7.00 & tamat pada jam 12.20. Setiap slot memakan masa selama 1 jam. Acara dimulakan dengan ucapan semangat oleh Guru Besar Pn Sabella Alixius. Berikut adalah sebahagian gambar semasa aktiviti tersebut dijalankan.

Monday, July 11, 2011

SPELLING COMPETITION

5th July @ Spelling Competition Zone Padawan Level. St Mary sent 5 participants :
1) Egberth Allentine @ selected to proceed to participate at district level
2) Carmelia Richard
3) Amanda Sophie
4) Desirie Deidrie
5) Lydia Nathasha

6th July @ Spelling Competition District Level
# Egberth won the first prize
   He will be representing district to participate at state level in Tambunan on the 18th July.
   Good luck Egberth and congrats to En Johari.

LARIAN 1M 1S 1MALAYSIA

2 Julai 2011 (Sabtu) - Larian serentak 1M 1S 1Malaysia telah diadakan di seluruh negara. Acara dimulakan dengan pendaftaran nama, diikuti dengan senamrobik bersama dengan pelajar sekolah menengah (SM St Mary). Tepat jam 7.45 pagi, para peserta dilepaskan oleh Pengetua di mana larian tersebut didahului oleh para pelajar sekolah menengah dan diikuti oleh murid sekolah rendah. Selain itu, para guru dari kedua buah sekolah juga turut serta dalam larian tersebut bersama dengan para ibubapa pelajar. Selepas tamat larian, sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan 1M1S. Beberapa keping gambar telah diambil sebelum, semasa dan selepas larian tersebut dilaksanakan. Sila click disini. (bukan sekarang :) ...