Monday, November 19, 2012

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2012

Tahniah kepada semua penerima anugerah untuk tahun ini. Markah untuk semua penyertaan, penglibatan dan pencapaian dikira untuk mengenalpasti kepada yang layak menerima anugerah. Kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah, tahniah kerana pencapaian anda semua, semoga pengalaman dalam mengikuti serta mewakili sekolah dalam apa juga acara dan apa juga tahap pencapaian. Cikgu berharap segala kemahiran yang telah diperolehi dapat dijadikan sebagai panduan di luar sana untuk mencapai tahap pencapaian yang lebih cemerlang.
Berikut adalah sebahagian pictures bagi yang mendapat anugerah aktiviti Kokurikulum. Yang lain kemudian saja k :)

Penerima Anugerah Sukan Cemerlang - Joyce

Penerima Anugerah Kokurikulum Cemerlang - Hadzleen Nur Syarfaqila

Penerima Anugerah Beruniform Cemerlang - Jespher

Penerima Anugerah Tokoh Guru Besar - Egberth

Saturday, October 6, 2012

SCHOOL'S ACTIVITIES

Activities like 'Merdeka' or Independence Day celebration, Activities After UPSR (for Year 6), 'Reading Month' (Library's activities) were done. The school even had visitors (a family) from Australia .. they came to visit the school and see for themselves the lifestyle in our school .. the pupils were so happy to meet them especially the children .. hope there will more visitors to come to our school .. everyone is greatly welcome .. pictures will soon be uploaded .. be patient ..

Thursday, April 26, 2012

PERTANDINGAN NILAM

Tahniah kepada Egberth Allentine George kerana menjadi Tokoh Nilam peringkat daerah dan telah mewakili daerah ke peringkat negeri di Sandakan. Tahniah kepada Michelle Michael kerana mewakili daerah ke peringkat negeri bersama dengan Egberth. Tahniah juga diucapkan kepada Cik Suzana & Pn Norhayah kerana komitmen yang diberikan terutama sekali Cik Suzana yang telah mengiringi Egberth & Michelle ke peringkat negeri.




PERTANDINGAN BOLA JARING DAERAH

7 & 8 Mac 2012: Sekolah telah menyertai pertandingan Bola Jaring peringkat daerah di Dewan Serbaguna Bongawan. Sebelum itu, pasukan Bola Jaring ini telah mengadakan latihan intensif di Dewan Datuk Salleh Sulong bersama dengan jurulatih Pn Maslinah & Pn Sarimawathy sebagai pengurus pasukan. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa pertandingan teersebut.

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAERAH

26hb April 2012 (Khamis): Hari ini Perry Prima telah menjadi Johan dalam Pertandingan Nyanyian Solo peringkat Daerah yang telah diadakan di SK Padawan Papar. Sebelum itu, Perry dan juga Siti Shahira telah mengikuti acara saringan. Perry akan mewakili daerah ke pertandingan di peringkat negeri. Semoga Perry akan mendapat kejayaan dengan membanggakan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah SK St Mary Papar.

ENGLISH CARNIVAL DISTRICT LEVEL

12 April 2012 (Thursday): On this day, Desiree Diedre & her sister, Natasha Lydia participated in the Public Speaking & Story Telling Competition respectively recently. The event was held at SK Pekan Kinarut. Desiree got first while Natasha got second in the competitions. Desiree will be representing district to the state level at Sandakan this early May. The school wishes her good luck and may she presents her public speaking with excellence.

Friday, February 10, 2012

MSS ZON PADAWAN 2012

7hb - 9hb Februari (Selasa - Khamis): Tahniah kepada pasukan atlet St Mary kerana mengulangi sekali lagi kejayaan yang cemerlang kali ke-4 sebagai Johan Keseluruhan dan juga Johan Kategori Perempuan. St Mary telah mendapat 6 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Selain itu, Olahragawan Keseluruhan juga disandang oleh pelari St Mary iaitu Douglas Dinison (2 emas, 1 perak). Para atlet yang mendapat pingat emas, perak & gangsa adalah:

Douglas Dinison ~ 2 emas (lompat jauh & 100m), 1 perak (4X200m) # akhir 4X100
Brandon Ryan  ~ 1 emas (lontar peluru)
Joyce Alvienna  ~ 3 emas (lompat jauh, 4X100m & 4X200m), 1 perak (100m)
Hadzleen Nur Syarfaqilla  ~ 2 emas (4X100m, 4X200m), 1 perak (lompat tinggi)
Desiree Diedre  ~ 1 gangsa (lompat jauh) # saringan 4x100m
Mco'nell Francis  ~ 2 perak (200m 4X200m) # akhir 4X100m
Jaesondra & Merrill  ~ 2 emas (4X100m & 4X200m)
Valentine & Callistus  ~ 1 perak (4X200m) # akhir 4X100m

Terima kasih diucapkan kepada atlet-atlet yang tidak berjaya mendapat pingat kerana penglibatkan dan persembahan yang membanggakan. Cuba lagi dilain tahun dengan pencapaian yang cemerlang.
@ Michell, Chrissie, Florentina, Theodora, Audrey (pasukan perempuan)
@ Merlin Joel, Bryan Sanny, Jespher Spencer, Egberth Allentine, Brendon Desailly (pasukan lelaki)

Tahniah diucapkan kepada semua guru penasihat Olahraga (Clement, Suzana, Norhayah) kerana tunjuk ajar yang diberikan kepada semua atlet olahraga ini semasa aktiviti 1M1S. Tahniah kepada pengurus sukan (Suzanah & Rattis) kerana komitmen yang diberikan. Tahniah kepada Clement (Penyelaras & Setiausaha Olahraga), Sudin (jurufoto) & Abd Malis kerana kerjasama yang diberikan. Gambar-gambar akan diupload di blog Olahraga kemudian, sabar ya :) .. okay click di sini untuk melihat gambar2 semasa sukan ini .....

Tahniah kepada Douglas (pingat emas @ Lompat Jauh) & Joyce (pingat perak @ Lompat Jauh) ... semoga memperolehi kejayaan di peringkat zon selatan ..

Tahniah kepada Joyce (pingat perak) di peringkat zon selatan ... semoga mendapat kejayaan di peringkat negeri ..

Wednesday, January 18, 2012

BADMINTON

18hb Januari : Kelab Badminton sekolah telah ditubuhkan pada bulan Januari 2012 selepas diluluskan permohonan oleh Guru Besar sebagai salah satu kelab permainan dan juga beroperasi semasa aktiviti 1M1S. Kelab ini berjalan pada setiap hari Selesa (sebagai aktiviti Sukan Permainan) dan pada setiap hari Jumaat (semasa aktiviti 1M1S).
Pada 16hb & 17hb Januari, seramai 8 orang pemain, iaitu 4 orang perempuan & 4 orang lelaki telah menyertai ke Pertandingan Badminton peringkat daerah. Secara keseluruhan, hanya 2 orang peserta sahaja yang sampai ke pusingan separuh akhir di mana mereka dikalahkan oleh pemain-pemain dari SK Pekan Papar. Namun kedua-dua pemain ini (Faith Elly & Frances Leone) masih mempunyai peluang untuk bertanding pada tahun hadapan kerana mereka adalah murid Tahun Lima.
Syabas diucapkan kepada Penasihat-penasihat Badminton (Pn Roziah, Pn Sufiah & Pn Noralizah) kerana gigih melatih pemain-pemain mereka walaupun kurang kemahiran namun mampu berlawan secara sihat dengan pihak lawan.

Saturday, January 14, 2012

PELAKSANAAN 1 MURID 1 SUKAN

13hb Januari (JUMAAT): Program 1M1S bermula pada hari ini dengan azam baru iaitu pemakaian T-shirt 1M1S berwarna merah sebagai pembakar semangat semua murid tahap dua untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan mereka dalam bidang sukan olahraga dan permainan. Tahun ini memperkenalkan 6 jenis kelab permainan termasuk olahraga sebagai pilihan murid. Antaranya ialah bola sepak, bola baling, bola jaring, bola tampar, badminton dan olahraga. Sekolah akan mengikuti setiap perlawanan yang berkaitan dengan kelab yang ada, yang ditawarkan oleh unit kokurikulum daerah dan juga permainan yang bukan pilihan dalam 1M1S seperti bola keranjang sekiranya diberi peluang. Ini kerana ada diantara murid mempunyai bakat dalam permainan bola keranjang sebagai permainan sampingan. Insya'Allah semua perlawanan yang diikuti akan dapat keputusan yang membanggakan murid dan juga jurulatihnya. Kepada semua penasihat kelab sukan permainan, teruskan usaha kalian, semoga memperolehi kejayaan yang memuaskan. .. :) PK KOKUM


January 13th (Friday): Today, the 1M1S program began with a new resolution by making all the Level Two pupils to wear red 1M1S T-shirts as the ‘burning spirit’ to improve their standard of excellence in the field of athletics and games. This year the co-curriculum unit introduced six types of games including athletic club as the pupils’ option. Among them are football, handball, netball, volleyball, badminton and athletics. The school will follow every game associated with the existing clubs that the district co-curriculum units offered as well as the basketball although it is not included in the option games at school, if given the chance. This is because some of the pupils have the talent in the game of basketball as a side game. Insya'Allah all tournament results that the school follow, will make the school representatives (pupils) and coach proud of themselves. To all club sports and games advisors, go for it, may you all achieve a satisfactory success :) PK KOKUM 

Monday, January 9, 2012

KURSUS DALAMAN 1M1S 2012

7HB JANUARI (SABTU) : Kursus Dalaman 1M1S untuk semua guru penasihat telah diadakan. Para fasilitator adalah Pn Sarimawathy, En Clement, En Rattis, Pn Saidah, Pn Faridah dan En Sudin. Antara pengisian kursus tersebut adalah teknik-teknik pengelolaan 1M1S dan permainan dengan menggunakan pelbagai alat kemudahan sukan yang ada. Kursus ini juga adalah sebagai persediaan bagi semua guru penasihat untuk mengajar kepada semua murid minggu hadapan (bermulanya pelaksanaan 1M1S).

January 7th (Saturday): Internal course for all advisor teachers of 1M1S was held. The course was conducted by six facilitators who are Ms. Sarimawathy, Mr. Clement, Mr. Rattis, Ms. Saidah, Ms. Faridah and Mr. Sudin. The course is about the techniques and games management of 1M1S using various available sports’ facilities. This course is for the preparation for all advisory teachers to teach to all pupils next week (beginning of the implementation of 1M1S). 

Pictures taken during the course will be uploaded soon ...

PENDAFTARAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2012

6HB JANUARI (JUMAAT) : Pendaftaran 1M1S (Satu Murid Satu Sukan) telah diadakan di mana semua murid Tahap Dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) wajib memilih satu sukan. Antara sukan permainan yang dipilih adalah permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, bola tampar, badminton dan olahraga. Pelaksanaan 1M1S akan bermula pada hari Jumaat (13hb Januari) dan berterusan sepanjang tahun 2012, iaitu dari jam 6.40 pagi hingga 7.40 pagi. Semua murid akan menyanyikan lagu 1M1S dahulu sebelum memulakan aktiviti mengikut permainan yang dipilih.

9HB JANUARI (ISNIN) : Pendaftaran Kelab & Persatuan (aktiviti Kokurikulum) diadakan di mana semua murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 akan memilih dan mendaftar kelab/persatuan mereka sebelum perjumpaan pertama bagi aktiviti kokurikulum yang akan bermula pada hari Selasa (10hb Januari). Perjumpaan aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari Selasa (kelab/persatuan), hari Rabu (badan beruniform) dan hari Khamis (sukan permainan) yang bermula dari jam 11.30 pagi hingga jam 1.00 petang. Perjumpaan aktiviti kelab/persatuan dan sukan permainan akan diadakan sebanyak 12 kali manakala badan beruniform sebanyak 18 kali. Pada perjumpaan pertama, kesemua kelab/persatuan akan memilih ahli jawatankuasa bagi sesi 2012. Selain itu mereka juga berbincang berkaitan dengan perancangan kelab tersebut sepanjang perjumpaan.

Sunday, January 1, 2012

MESYUARAT PERTAMA KOKURIKULUM 2012

29hb Disember 2011 KHAMIS: Mesyuarat Pertama Kokurikulum sekolah diadakan awal supaya semua guru dapat membuat persediaan sebelum bermula sesi persekolahan 2012. Agenda yang dibincangkan antaranya ialah takwim, susunan ahli jawatankuasa, pelaksanaan aktiviti serta budget kewangan.. Sasaran kokurikulum pada tahun 2012 adalah untuk mengekalkan kecemerlangan pelaksanaan dan penglibatan sama ada di zon, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. Sekolah akan berusaha untuk menyertai semua aktiviti yang dipertandingkan anjuran kokurikulum daerah dan melaksanakan tugasan yang diberikan terutama sekali sebagai Pengelola daerah dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu. Sekolah sungguh bertuah kerana mempunyai beberapa kekuatan dengan adanya beberapa orang JU yang diberi kepercayaan oleh unit KOKUM daerah dalam memegang jawatan sebagai Pengerusi Teknik Daerah. Antara program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
1) Sukantara
2) Jasamu Dikenang (Hari Guru)
3) Sambutan Pesta Menuai
4) Hari Kemerdekaan
5) Kejohanan Olahraga
6) Hari Kokurikulum
7) Perkhemahan 1M1S
8) Hari Anugerah Kokurikulum
9) Lawatan Kokurikulum (Kelab & Persatuan)
10) Kursus Kecemerlangan Kokurikulum (Guru & Murid)

Selain itu, unit Kokurikulum juga akan mempertingkatkan kemampuan peserta/atlet sukan & permainan dalam  penyertaan semua aktiviti yang dipertandingkan serta memperbaiki atau mengekalkan kedudukan untuk prestasi cemerlang kokurikulum. Oleh itu sekolah akan melibatkan dan menyertai beberapa pertandingan di daerah seperti:
1) Pertandingan Bola Tampar
2) Pertandingan Bola Jaring
3) Pertandingan Bola Baling
4) Pertandingan Bola Sepak
5) Pertandingan Bola Keranjang
6) Pertandingan Badminton
7) Pertandingan Catur
8) Pertandingan Koir
9) Pertandingan Tarian
10) Pertandingan Nyanyian (BM/BI/KADUS)
11) Choral Speaking Competition (Petronas/District)
12) Public Speaking Competition
13) Story Telling Competition
14) Action Song Competition
15) NILAM
16) MTQ
17) Pertandingan Bercerita
18) Pertandingan Pidato
19) Pertandingan Melukis Poster
20) Pertandingan Model & Folio Kerjaya

Sekolah juga akan menyertai beberapa perkhemahan yang dianjurkan oleh jabatan seperti:
1) Perkhemahan Badan Beruniform (Pengakap/Tunas Puteri/St John Ambulance)
2) Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah
3) Perkhemahan Rukunegara
4) English in Camp
5) Perkhemahan lain yang diadakan (zon, daerah, negeri, kebangsaan)

Adalah diharapkan agar semua aktiviti dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya melalui permuafakatan antara semua warga sekolah dan masyarakat di sekita sekolah .. amin .. :))