Thursday, December 16, 2010

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010

Hari Guru SK St Mary Papar telah diadakan pada 4hb Jun 2010 Jumaat, di mana sesi persekolahan diadakan pada sebelah pagi sahaja. Semua murid sidang pagi & petang berkumpul di dewan untuk meraikan majlis tersebut. Sebelum itu, beberapa aktiviti telah diadakan seperti senamrobik yang diketuai oleh Pn Maslinah, perlawanan Bola Baling serta timba air antara pasukan guru petang dengan guru pagi dan juga pertandingan membaling dat secara individu. Acara pada hari kemuncaknya adalah bacaan Ikrar Guru & nyanyian 'Kami Guru Malaysia' yang diketuai oleh Guru Besar, persembahan tarian oleh guru-guru, pertandingan nyanyian karaoke, pertukaran hadiah dan diakhiri dengan acara memotong kek sempena Hari Guru 2010.Gambar-gambar sempena majlis tersebut akan di uploaded tidak lama lagi.

No comments: