Monday, January 9, 2012

PENDAFTARAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2012

6HB JANUARI (JUMAAT) : Pendaftaran 1M1S (Satu Murid Satu Sukan) telah diadakan di mana semua murid Tahap Dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) wajib memilih satu sukan. Antara sukan permainan yang dipilih adalah permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, bola tampar, badminton dan olahraga. Pelaksanaan 1M1S akan bermula pada hari Jumaat (13hb Januari) dan berterusan sepanjang tahun 2012, iaitu dari jam 6.40 pagi hingga 7.40 pagi. Semua murid akan menyanyikan lagu 1M1S dahulu sebelum memulakan aktiviti mengikut permainan yang dipilih.

9HB JANUARI (ISNIN) : Pendaftaran Kelab & Persatuan (aktiviti Kokurikulum) diadakan di mana semua murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 akan memilih dan mendaftar kelab/persatuan mereka sebelum perjumpaan pertama bagi aktiviti kokurikulum yang akan bermula pada hari Selasa (10hb Januari). Perjumpaan aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari Selasa (kelab/persatuan), hari Rabu (badan beruniform) dan hari Khamis (sukan permainan) yang bermula dari jam 11.30 pagi hingga jam 1.00 petang. Perjumpaan aktiviti kelab/persatuan dan sukan permainan akan diadakan sebanyak 12 kali manakala badan beruniform sebanyak 18 kali. Pada perjumpaan pertama, kesemua kelab/persatuan akan memilih ahli jawatankuasa bagi sesi 2012. Selain itu mereka juga berbincang berkaitan dengan perancangan kelab tersebut sepanjang perjumpaan.

No comments: