Friday, December 30, 2011

LAWATAN MURID TAHUN 6 - 2011

15HB NOVEMBER 2011 (SELASA): Murid Tahun 6 telah mengadakan lawatan sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR seramai 61 orang bersama dengan 4 orang guru. Tempat-tempat yang dilawat adalah Green Connection, Muzium Negeri dan Ladang Buaya di Tuaran. Di Green Connection, murid-murid telah berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesis flora dan fauna. Ada diantara mereka berpeluang untuk berjinak-jinak dengan seekor ular sawah yang jinak dan ada juga yang cuba menyelesaikan beberapa permainan silang kata yang disediakan. Di Muzium Negeri, murid berpeluang mengetahui sejarah nenek moyang mereka dan juga melihat beberapa hasil peninggalan khazanah orang-orang dahulu di negeri Sabah. Akhir sekali adalah di Ladang Buaya di Tuaran di mana mereka berpeluang melihat banyak buaya dari pelbagai spesis. Mereka juga berpeluang melihat pertunjukan buaya bersama dengan penjaga buaya. Sebelum balik, beberapa orang murid memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam menari Tarian Menggunatip kepada tuan rumah. Antara guru yang turut melawat ialah Puan Grace, Puan Haslinda, Encik Rattis dan Encik Johari. Berikut adalah beberapa gambar semasa lawatan yang sempat diambil.
at Green Connection

at Green Connection



Ladang Buaya Tuaran

No comments: