Monday, May 16, 2011

PUISI SEMPENA HARI GURU

I got this from the youtube .. a nice poem for all teachers .. Happy Teacher's Day to all..

Guru Oh Guru,
Cikgu Oh Cikgu
Tanpamu jahillah aku ...

Bagai pelita menerangi kegelapan
Bagaikan sinaran semesta alam
Begitulah jasamu duhai guru
Ilmu mu seluas lautan samudera
Kau hamparkan
Untuk kami timba
Budimu setinggi puncak Everest
Tidak kami terbalas
Sehingga kini
Tetapi ingatan padamu
Itu pasti

Dahulu ....
Satu apapun aku tak tahu
Tapi ....
kau sudi memungutku
Menjadi anak didikmu
Dahulu ....
Belajar satu apapun aku tak mahu
Apa yang aku tahu
Dan aku mahu
Kawan-kawan se 'geng'
Dan senakal aku

Kau mengajarku erti keyakinan
Kau mengajarku erti kejayaan
Kau mengajarku erti kasih sayang
Kau mengajarku erti keikhlasan
Kau mengajarku erti sabar
Kau mengajarku erti tabah
Kau mengajar ...
Mengajar dan mengajar
Malu ... kalau aku dewasa
Menjadi manusia yang 'kurang ajar'

Ilmu mu seluas rimba
Seluas hamparan kerlipan
Bintang di cekrawala
Kata-kata mu tiada ternilai
Wang ringgit intan permata
Kaulah pelitaku
Dikala ku buta
Kaulah tongkatku
Takkala ku teraba-raba
Kaulah kitabku
Bumbung teduh dunguku
Kaulah kunci
Pintu ilmuku

Izinkan ku kini merangkai kata
Merafak sembah tutur bicara
Mendakap mu cikgu di usia senja
Mencium tanganmu penuh manja
Mengalungkan di lehermu
Sekalung budi
Jasa budimu
Yang tiada terperi
Setiap titik keringatmu
Dulu dan kini
Akan ku ingat ku semat
Sampai bila-bila

Guru Oh Guru
Cikgu Oh Cikgu
Tanpamu jahillah aku ..

No comments: