Saturday, April 16, 2011

BOLA BALING (HANDBALL) @ DISTRICT LEVEL

13 & 14 APRIL 2011 (WED / THURS): Congratulations to all St Marians players of both boys & girls teams for better achievement in the handball tournament held recently at SK Pengalat Besar Papar. The boys' team reached up to Quarter Final while the girls' team to Semi Final, which was better performance than last year (2010). Thanks to Mr Rattis (coach) & also Mr Sudin for their commitment in coaching the teams thoroughly but with great success. Tahniah .. tahniah .. kepada semua pemain kerana mengharumkan nama sekolah dan beberapa orang pemain dipilih untuk mewakili daerah ke peringkat bahagian. Tahniah juga kepada guru pengiring (Miss Suzanah) kerana kerjasama yang diberikan serta sorakan untuk memberi semangat kepada semua pemain St Mary Papar. Aksi-aksi pemain semasa latihan & perlawanan yang diambil oleh Mr Sudin (photographer) akan di upload tidak lama lagi .. sabar ya .

Friday, March 25, 2011

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KREATIVITI MURID: Setiap aktiviti KOKUM diadakan pada setiap hari Rabu, semua guru penasihat & ahli Kelab PSV sentiasa meneruskan aktiviti mereka mengikut perancangan jadual kelab tersebut. Gambar2 berikut adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang. Murid dan guru bekerjasama menceriakan kawasan sekolah dengan membuat mural di Dewan Minda, Sudut Teraputik da juga kawasan2 lain untuk menjadikan sekolah sebuah yang indah serta ingin mencapai salah satu kriteria 3K (kebersihan, keceriaan, keselamatan). Projek Mural ini diketuai oleh Pn Zuraidah (Guru PSV) dan guru penasihat yang lain, Pn Norhayah, Pn Maslinah, Pn Luzaria serta guru2 yang mahir dalam lukisan ..

Semoga cepat siap mural ini semua ... gambar seterusnya pasti lagi menarik .. tunggu & lihat ya!

Thursday, March 17, 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011 (PERINGKAT NEGERI)

4hb - 7hb March (Camping for TKRS): 3 orang murid SK St Mary telah mendapat peluang untuk perkhemahan tersebut di Pusat Ko (Malangang). Mereka adalah Julian Jonathan Mojikon, Mohammad Zuhairi Zumat & Hadzleen Nur Sharfaqila Hamden. Syabas kepada mereka bertiga kerana menunjukkan disiplin yang baik. Tahniah juga kepada Julian Jonathan kerana terpilih untuk mewakili negeri ke perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan April di Negeri Sembilan. ~ lihatlah aksi mereka dalam gambar yang akan di upload tidak lama lagi ~

**********************************************************************************
16hb - 19hb March (Camping for mixed units @ Pengakap / St John Ambulance): 3 orang murid SK St Mary juga dipelawa (1 orang pengakap & 2 orang St John Ambulance) untuk mengikuti perkhemahan di Pusat Ko (Malangang). Mereka adalah Enrique Emerson (Pengakap), Henry Zoa Jr Henry Keneth (St John Ambulance) & William Harry George (St John Ambulance). Mereka juga telah menunjukkan disiplin yang baik dan bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi ketua bagi setiap kumpulan. Tahniah kepada Henry Jr kerana terpilih untuk mewakili negeri ke perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka. Semoga Julian dari TKRS dan Henry Jr dari St John Ambulance akan tabah menghadapi ujian2 serta aktiviti yang dilaksanakan serta menunjukkan disiplin yang baik sepertimana yang ditunjukkan sebelum ini. ~ ini gambar Henry, Enrique & William .. lihatlah aksi mereka  tapi gambar akan di upload tidak lama lagi .. gambar sebelum ini tidak dapat dibuka .. sabar ya

MTQ PERINGKAT DAERAH - 2011

Adik Arif Sairi & adik Siti Marliana telah mewakili sekolah & zon dalam pertandingan bercerita MTQ peringkat daerah. Arif telah mendapat tempat Naib Johan sementara Siti Marliana di tempat ke-4 kerana saingan hebat oleh peserta lain dari zon2 lain. Tahniah kepada Arif & juga Siti kerana komitmen yang ditunjukan. Tahniah juga kepada kedua guru (Cik Suzanah & Pn Sufiah) yang bertanggungjawab serta komitmen yang diberikan.

KARNIVAL NILAM (PERINGKAT NEGERI)

7HB - 10HB MAC (MON - THURS): Adik Lovelynn Paul telah mewakili peringkat Zon Selatan, selepas menang di peringkat Daerah & Zon Padawan sebelum ini. Selama 4 hari bertanding bersama peserta lain di seluruh negeri, Lovelyn telah mendapat tempat ke-3 dalam pertanidngan Jejak Maklumat. Tahniah kepada Lovelynn kerana mengharumkan nama sekolah St Mary di peringkat negeri.

Untuk melihat gambar, sila layari blog pusat sumber sk st mary papar.