Sunday, January 1, 2012

MESYUARAT PERTAMA KOKURIKULUM 2012

29hb Disember 2011 KHAMIS: Mesyuarat Pertama Kokurikulum sekolah diadakan awal supaya semua guru dapat membuat persediaan sebelum bermula sesi persekolahan 2012. Agenda yang dibincangkan antaranya ialah takwim, susunan ahli jawatankuasa, pelaksanaan aktiviti serta budget kewangan.. Sasaran kokurikulum pada tahun 2012 adalah untuk mengekalkan kecemerlangan pelaksanaan dan penglibatan sama ada di zon, daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan. Sekolah akan berusaha untuk menyertai semua aktiviti yang dipertandingkan anjuran kokurikulum daerah dan melaksanakan tugasan yang diberikan terutama sekali sebagai Pengelola daerah dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu. Sekolah sungguh bertuah kerana mempunyai beberapa kekuatan dengan adanya beberapa orang JU yang diberi kepercayaan oleh unit KOKUM daerah dalam memegang jawatan sebagai Pengerusi Teknik Daerah. Antara program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
1) Sukantara
2) Jasamu Dikenang (Hari Guru)
3) Sambutan Pesta Menuai
4) Hari Kemerdekaan
5) Kejohanan Olahraga
6) Hari Kokurikulum
7) Perkhemahan 1M1S
8) Hari Anugerah Kokurikulum
9) Lawatan Kokurikulum (Kelab & Persatuan)
10) Kursus Kecemerlangan Kokurikulum (Guru & Murid)

Selain itu, unit Kokurikulum juga akan mempertingkatkan kemampuan peserta/atlet sukan & permainan dalam  penyertaan semua aktiviti yang dipertandingkan serta memperbaiki atau mengekalkan kedudukan untuk prestasi cemerlang kokurikulum. Oleh itu sekolah akan melibatkan dan menyertai beberapa pertandingan di daerah seperti:
1) Pertandingan Bola Tampar
2) Pertandingan Bola Jaring
3) Pertandingan Bola Baling
4) Pertandingan Bola Sepak
5) Pertandingan Bola Keranjang
6) Pertandingan Badminton
7) Pertandingan Catur
8) Pertandingan Koir
9) Pertandingan Tarian
10) Pertandingan Nyanyian (BM/BI/KADUS)
11) Choral Speaking Competition (Petronas/District)
12) Public Speaking Competition
13) Story Telling Competition
14) Action Song Competition
15) NILAM
16) MTQ
17) Pertandingan Bercerita
18) Pertandingan Pidato
19) Pertandingan Melukis Poster
20) Pertandingan Model & Folio Kerjaya

Sekolah juga akan menyertai beberapa perkhemahan yang dianjurkan oleh jabatan seperti:
1) Perkhemahan Badan Beruniform (Pengakap/Tunas Puteri/St John Ambulance)
2) Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah
3) Perkhemahan Rukunegara
4) English in Camp
5) Perkhemahan lain yang diadakan (zon, daerah, negeri, kebangsaan)

Adalah diharapkan agar semua aktiviti dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya melalui permuafakatan antara semua warga sekolah dan masyarakat di sekita sekolah .. amin .. :))

Friday, December 30, 2011

LAWATAN MURID TAHUN 6 - 2011

15HB NOVEMBER 2011 (SELASA): Murid Tahun 6 telah mengadakan lawatan sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR seramai 61 orang bersama dengan 4 orang guru. Tempat-tempat yang dilawat adalah Green Connection, Muzium Negeri dan Ladang Buaya di Tuaran. Di Green Connection, murid-murid telah berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesis flora dan fauna. Ada diantara mereka berpeluang untuk berjinak-jinak dengan seekor ular sawah yang jinak dan ada juga yang cuba menyelesaikan beberapa permainan silang kata yang disediakan. Di Muzium Negeri, murid berpeluang mengetahui sejarah nenek moyang mereka dan juga melihat beberapa hasil peninggalan khazanah orang-orang dahulu di negeri Sabah. Akhir sekali adalah di Ladang Buaya di Tuaran di mana mereka berpeluang melihat banyak buaya dari pelbagai spesis. Mereka juga berpeluang melihat pertunjukan buaya bersama dengan penjaga buaya. Sebelum balik, beberapa orang murid memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam menari Tarian Menggunatip kepada tuan rumah. Antara guru yang turut melawat ialah Puan Grace, Puan Haslinda, Encik Rattis dan Encik Johari. Berikut adalah beberapa gambar semasa lawatan yang sempat diambil.
at Green Connection

at Green Connection



Ladang Buaya Tuaran

Sunday, December 4, 2011

PENCAPAIAN CEMERLANG 2011

A) KEJOHANAN OLAHRAGA & BALAPAN ZON - JOHAN
     1) Nathaneal Vincent @ Olahragawan Zon Padawan (3E 1P)
                                      @ Daerah (1P)
                                      @ Bahagian (1G)
     2) Carmelia Richard  @ Zon (1E)
                                     @ Daerah (1E 1P)
                                     @ Bahagian (menyertai)
     3) Herton Hendry     @ Zon (1E)
                                     @ Daerah (menyertai)
     4) Eric Cantona        @ Zon (1E)
                                     @ Daerah (menyertai)
     5) Stephen Daniel     @ Zon (2E 1P)
                                     @ Daerah (menyertai)
     6) Nur Aslin Zubir    @ Zon (1P)

B) PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAERAH
    @ Padang SK Belatik  - 12 orang pemain
         - suku akhir
    @ Julian Jonathan & Eric Cantona
         - mewakili daerah ke Bahagian (Sipitang)

C) PERTANDINGAN BOLA JARING DAERAH
    @ Dewan Jubli SM Majakir - 12 orang pemain
         - separuh akhir (ke-4)
    @ Carmelia (GS) mewakili ke Bahagian (Membakut)

D) PERTANDINGAN BOLA BALING DAERAH
    @ Padang SK Pengalat Besar - 24 orang L/P
        - Pasukan Lelaki (suku akhir)
        - Pasukan Perempuan (separuh akhir)
    @ Carmelia (Penyerang) mewakili ke Bahagian
         (Kuala Penyu)

E) STORY TELLING COMPETITION (DISTRICT)
    @ Jovita Julius - SK Surati - saguhati

F) PUBLIC SPEAKING COMPETITION (DISTRICT)
    @ Desiree Charles Wee - SK Surati - ke-4

G) CHORAL SPEAKING COMPETITION (DISTRICT)
     @ 40 orang murid - Dewan Masyarakat Salleh Sulong
          - Naib Johan

H) PERTANDINGAN BERCERITA DAERAH
     @ Nur Siti Marliana - SK Surati - ke-3

I) SPELLING COMPETITION (DISTRICT)
   @ Egberth Allentine George - SK St Joseph - Johan
                                              - Negeri (Tambunan)
   @ Carmelia Richard
   @ Amanda Sophie
   @ Desiree Charles
   @ Natasha Charles

J) PERTANDINGAN PIDATO DAERAH
    @ Lovelynn Paul - SK Kelanahan - ke-3

K) MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ZON
     @ Nursuriahakni - SK Rampazan - Johan
     @ Arif Sairi & Noorsyazliana - Naib Johan
     @ Mohd Rafeeqq - Ke-3

L) PERTANDINGAN MODEL KERJAYA DAERAH
    @ Julian, Presley & Henry Zoa
         (SM Bongawan 2 - Naib Johan)

M) PERTANDINGAN MELUKIS POSTER DAERAH
     @ Carmelia Richard & Darren Matthew
          - SM Bongawan 2 - saguhati

N) KARNIVAL KEBUDAYAAN NEGERI
     @ Presley Petrus - Irama Malaysia (Johan)

O) PERTANDINGAN KARAOKE KADAZANDUSUN DAERAH
     @ Scholastica Ann Boniface - Perpustakaan Papar (ke-3)

P) KARNIVAL SAINTIS MUDA NEGERI
    @ Darren Matthew & Edward Bernadus
         - SM Sains KK (saguhati)

Q) PERTANDINGAN NILAM (BTP)
     @ Lovelynn Paul - Daerah (PKG - Johan)
          - Negeri (BTP - Johan Jejak Maklumat)
     @ Alice Atom    - Daerah (PKG - Naib Johan)
     @ Fiona Debra  - Daerah (PKG - ke-3)
     @ Carmelia Richard - Daerah (PKG - ke-4)
     @ Rafidah Japri - daerah (PKG - ke-5)

R) KEM MOTIVASI UPSR ZON PADAWAN
     @ 24 peserta - DZ Nature Resort Kimanis
          - Julian Jonathan (Disiplin Terbaik)
          - Nathaniel & Lovelynn (Peserta Aktif)
          - Edward & Alice (Peserta Akademik Terbaik)
          - William (Peserta Kreatif)

S) KEJURULATIHAN PRS DAERAH
    @ 12 peserta - SK Kuala
         - Julian Jonathan (Peserta Terbaik)

T) PERKHEMAHAN TKRS NEGERI
    (PUSAT KO-MALANGANG TUARAN)
    @ Julian Jonathan -Kebangsaan (Negeri Sembilan)
    @ Mohd Zuhairi Zumat
    @ Hadzleen Nur Sharfaqilla Hamden

U) PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM
     (NGO) NEGERI ( PUSAT KO-MALANGANG)
     @ Henry Zoa Jr H. Keneth - St John Ambulance
          - Kebangsaan (Merlimau Melaka)
     @ William Harry - St John Ambulance
     @ Enrique Emerson - Pengakap

V) KEM 1M1S DAERAH
     @ Hadzleen Nur Sharfaqilla Hamden
     @ Hadzleen Nur Sharfaezah Hamden
     @ Jespher Spencer John
     @ Randall Flavian Rudolf

W) KURSUS KEPIMPINAN TKRS KEBANGSAAN
      (PUSAT KO-LIMBANG SARAWAK)
      @ Hadzleen Nur Sharfaqilla Hamden (Pangkat Sarjan)
      @ Jespher Spencer John (Pangkat Sarjan)

Congratulations to all participants for your success and discipline during the events which you have attended. Keep it up and strive for more excellence - Penolong Kanan Kokurikulum :)

Friday, November 11, 2011

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2011

11/11/11 (JUMAAT): Hari ini adalah Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang bagi semua pelajar SK St Mary Papar sesi 2011. Majlis ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Papar, Encik Henry Kenneth Lawrence. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' & 'Sabah Tanah Airku'. Diikuti dengan ucapan Guru Besar (Pn Sabella Alixius), Yang Dipertua PIBG (En John Stanislaus) & ucapan perasmian oleh En Henry. Majlis diserikan dengan persembahan Tarian Endang dari Tahap 2 & Tarian Moden dari Tahap 1. Anugerah Jasamu Dikenang dimulakan dengan penyampaian sijil kepada semua Ketua & Penolong Ketua Kelas, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber & Pembimbing Rakan Sebaya. Diikuti dengan penyampaian sijil kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan2 aktiviti Kokurikulum di peringkat zon, daerah, bahagian, negeri & kebangsaan. Anugerah Kurikulum menyusuli diberikan kepada semua pelajar yang cemerlang dalam akademik dari setiap kelas, pelajar terbaik keseluruhan mata pelajaran dan pelajar cemerlang yang mendapat 5A. Akhir sekali disampaikan anugerah2 khas kepada pelajar seperti:

1) Anugerah NILAM 
     Jauhari Tahap 1 (Dushono Sanjayvani Saravanan)
     Jauhari Tahap 2 (Rosalia Lilian Paul)
     Rakan Pembaca (Rafidah Japri)
2) Anugerah INTAN
    Julian Jonathan Mojikon (TKRS @Kebangsaan)
    Henry Zoa Jr Henry (St John Ambulance @Kebangsaan)
    Hadzleen Nur Sharfaqilla Hamden (TKRS @Kebangsaan)
    Jespher Spencer John (TKRS @Kebangsaan)
    William Harry (St John Ambulance @Negeri)
    Enrique Emerson (Pengakap @Negeri)
    Muhammad Zuhairi (TKRS @Negeri)
    Lovelynn Paul (NILAM @Negeri)
    Darren Mathew (Saintis Muda @Negeri)
    Edward Bernadus (Saintis Muda @Negeri)
    Egberth Allentine (Spelling Comp @Negeri)
    Presley Petrus (Irama Malaysia @Negeri)
    Nathaniel Vincent (Olahraga @Bahagian)
    Carmelia Richard (Olahraga @Bahagian)
3) Anugerah HARAPAN @ Siti Shahira Sapli
4) Anugerah SAUJANA @ Egberth Allentine George
5) Anugerah DISIPLIN @ Henry Zoa Jr Henry Kenneth
6) Anugerah AKADEMIK @ Edward Bernadus
7) Anugerah SUKAN @ Nathaniel Vincent
8) Anugerah KOKURIKULUM @ Julian Jonathan Mojikon
9) Anugerah GURU BESAR @ Carmelia Richard
Majlis tamat pada jam 11.00 pagi & menyempurnakan 11/11/11/11.

Tahniah kepada semua pelajar yang menerima hadiah. Terima kasih kepada semua pelajar yang menjalankan tugas dengan baiknya. Terima kasih kepada semua pelajar yang mengharumkan nama sekolah St Mary. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK majlis kerana komitmen serta kerjasama yang diberikan. Terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir kerana sokongan yang diberikan. Terima kasih kepada semua jemputan khas kerana sudi hadir dan memeriahkan lagi majlis ini. Terima kasih .. Thank you all ..
Oh ya .. pictures .. kemudian ya .. :)
Alright you can view the pictures by clicking ...  Prize Giving Ceremony 2011 ...

PERKHEMAHAN TKRS @ LIMBANG


10 OCTOBER 2011 (THURSDAY): Today, Hadzleen Nur Sharfaqilla Hamden & Jespher Spencer John, both from Cadets (TKRS) of ST Mary's Papar, went to Limbang, Sarawak for the national camping. They were accompanied by Ms Sarimawathy Jumanie, TKRS's adviser, who's to be in-charge with the district's group during the camping. Hopefully Qilla & Jespher will do their best at the camp.


Tahniah kepada Qilla & Jespher kerana lulus ujian & dianugerahkan pangkat Sarjan semasa perkhemahan tersebut.